Garis Panduan Diet Kalori cara aku

1. Jatuh Cinta dengan Air Masak. Tak kisah la orang nak kata apa. Since bila dah jatuh cinta kita akan sentiasa pastikan "air kosong " sentiasa terbayang di ingatan kan..hahaha.Pastu kita akan sentiasa mengusung,membawa air kosong ke mana saja. Pernah rasa perasaan jatuh cinta kan..so,pada yang tak pernah jatuh Hati,or jatuh cinta...cubalah jatuh Cinta pada air kosong tengok.. Ia mampu mengubah diri anda..heeeeeee....

2. Jangan skip makan Nasi.
Nasi adalah portion yang ada dalam hidangan rakyat Malaysia. Ambil kuantiti nasi tu ikut penumbuk tangan anda sendiri yeaa.... Jangan ambil ikut genggam tangan kaki Gajah plakkk!!!Lauk pauk yang ada make sure ada sayur...wauu..hepi sungguh dengar sayur kan..


3. Sentiasa betulkan niat.

Sentiasa berfikiran positif di saat kita mula down..Aku pun ada waktu down..bila berat dok statik tak gerak-gerak jarum penimbang.. Mulalah nak salahkan jarum, makanan dan sewaktu dengannya. Maybe ada masa kita akan alami weight loss, dan ada masa kita tengah kehilangan inci loss..baju longgar, seluar longgar,..emmmm...sabo jer la yea..Jangan Stress geng!!!!


4. Sentiasa Aktifkan diri anda dengan aktiviti yang menggerakkan kaki dan badan.. Teman Isteri cuci mata di Shopping Mall pun dah ok guys!!!..



No comments:

Post a Comment

Memori terindah semasa kegemukkankuu... tak mampu aku lupakan...

Dari 140kg,kini 90 kg. Hapuskan 50kg!!!