5 rahsia makanan yang mempercepatkan penurunan berat badan AKU


1. LEMON



1. Kuruskan Badan

Minum air lemon pada waktu pagi membantu tubuh membakar lemak dengan lebih cekap dan berkesan. Organ hati yang berfungsi dengan baik akan memastikan proses metabolisme lemak berjalan dengan lancar dan ini sangat penting proses diet untuk kuruskan badan.

2. Tingkatkan Hidrasi & Berikan Tenaga

Kebiasanya pada setiap pagi kita akan mengalami situasi yang agak malas dan kurang bertenagakan?Cuba mulakan pagi anda dengan segelas air lemon suam pasti anda akan rasa lebih bertenaga dan terhidrat sepanjang hari. Air lemon  ini memberikan umpphh untuk lonjakkan tenaga anda.tak cuba tak tau kan..dah cuba pasti mau.

3. Cantikkan Kulit

Tahukan yang lemon ini mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Vitamin C memainkan peranan untuk mengekalkan kulit yang sihat serta sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan pramatang dan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Vitamin C juga diperlukan dalam penghasilan kolagen yang sangat penting untuk keanjalan dan awet muda. Cer tengok saya awet muda kan (hehe terpuji diri sendiri lak) !!

4. Bantu Proses Singkirkan Toksin

Pasti ada yang telah mengamalkan air lemon ketahui bahawa air lemon merupakan diuretik semulajadi yang membantu menyingkirkan cecair dan toksin di dalam badan. Asid sitrik yang terkandung di dalamnya juga membantu fungsi buah pinggang serta hasilkan eznim untuk proses detoxs di organ hati. Kita sedia maklum organ hati adalah merupakan salah satu organ utama dalam proses membuang toksin daripada tubuh badan manusia. Bila badan mempunyai toksin yang banyak akan memberikan kesan badan mudah letih dan mengantuk. Bila toksin telah disingkirkan nutrien daripada makanan juga akan lebih mudah diserap ke dalam bada

5. Sokong Sistem Imun

Alkisahnya dengan kandungan Vitamin C yang tinggi dapat membantu meningkatkan sistem imun manusia. Ini bagi mengelakkan mudah terkena demam selesema baik amalkan secawan lemon suam di pagi hari sebelum menempuh perjalanan ke pejabat.

6. Bantu Penghadaman

Jika anda mengalami masalah penghadaman dan susah untuk membuang air besar cuba amalkan minum segelas air lemon suam di kala pagi sewaktu subuh menjelang tiba. Air suam dengan lemon ini akan membantu merangsang saluran penghadaman @ merangsang pergerakan usus serta akan bersihkan organ hati anda.Cubala pasti anda happy senyum selalu lega tuhh…

7. Alkalikan Tubuh Anda

Tubuh manusia boleh menjadi terlampau berasid bila mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Bila badan berasid akan menggangu pelbagai fungsi badan serta tubuh anda akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan sel-sel kanser juga lebih mudah tercetus. Lemin yang diketahu adalah bersifat asid, mampu mengalkalikan tubuh dan darah yang diambil. Ini sangat membantu memastikan keseimbangan PH sentiasa terpelihara, terutamanya jika kira gemar makan seperti daging, keju dan lain lain.


2. GREEN TEA



Benda ni antara yang saya amalkan sepanjang saya diet kalori. Yup!  Dah dapat turun 50kg tanpa sebarang supplement. Diet kurang kalori.
Saya makan nasi, makan ayam, makan ikan, makan sayur, makan spegeti. Makan je, tapi saya kurangkan pengambilan dia. Memang tinggal air bergula kecuali masa cheat day.
Saya tak pasti betul ke tak dari segi saintifik. Tapi saya rasa sendiri, bila saya amalkan minum teh hijau ni, perut tak masuk angin, tak sebu dan tak kembung sepanjang diet saya ni.teh hijau ni katanya kalau kau amalkan dia setiap hari:
1. Dapat berikan tenaga.
2. Dapat tingkatkan pembakaran lemak.
3. Dapat tingkatkan metabolisma.
4. Sekaligus, dapat turunkan berat badan.
Sila cuba kepada yang tengah diet. Yang saya buat ni memang air teh hijau kosong. Tak ada gula, tak ada susu. Mula-mula rasa memang tak sedap. Lama-lama tak sedap jugak. Eh!
Saya pakai dua jenama teh hijau jenis uncang. Uncang jelah. Senang nak buat, kan. Sehari saya pakai 2-3 uncang saja. Biasa satu uncang, saya pakai 2 round sebab nak jimat.
1. Ahmad Tea Jasmine Green Tea 25 teabags harganya RM4.40 saja. (Sedap)
2. Boh Green Tea 50 Teabags harganya RM9.40 saja. (Kurang sedap)

3. EPAL HIJAU


Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

4. DAUN SADERI





Khasiat Saderi & Fakta Nutrisi Saderi

Ramai yang suka makan pucuk saderi namun sebenarnya daun dan bijinya juga boleh dimakan dan berkhasiat. Sebagai contoh, daun saderi boleh dijadikan bahan tambahan kepada sup anda.
Manakala bijinya pula – samada dalam bentuk biji, atau ekstrak – memiliki khasiat yang menakjubkan. Ia berupaya merendahkan masalah keradangan dan melawan jangkitan bakteria. Di sesetengah tempat di dunia, daun saderi ini ditanam adalah untuk mendapatkan bijinya yang berkhasiat itu. Ia juga biasanya digunakan sebagai rempat dan apabila dihancurkan, ia akan mengeluarkan sejenis minyak yang dikenali sebagai apiol. Minyak tersebut digunakan sebagai agen perisa serta untuk pelbagai kegunaan dalam perubatan.

Fakta Nutrisi Saderi

Satu cawan saderi mengandungi:

(peratusan adalah berdasarkan kepada RDA bagi seorang wanita dewasa)
  • 16 kalori
  • 0 Lemak
  • 1 gram protein
  • 5 gram serat
  • 5 milligram vitamin K (37%)
  • 36 milligram folat (9%)
  • 22 milligram vitamin A (9%)
  • 263 milligram kalium (8%)
  • 1 milligram vitamin C (5%)
  • 40 milligram kalsium (4%)
  • 0.08 milligram vitamin B6 (4%)

Khasiat Utama Saderi

1.Membantu bagi Merendahkan Kolestrol

Khasiat saderi ini termasuklah keupayaannya bagi mengurangkan kolestrol yang sangat diperlukan bagi mengekalkan kesihatan jantung. Daun saderi mengandungi satu sebatian yang unik dikenali sebagai 3-n-butylphthalide (BuPh) yang sebelum ini telah dilaporkan mengandungi tindakan bagi mengurangkan lipid. Namun, para pengkaji percaya bahawa daun ini masih memiliki banyak lagi khasiatnya yang tersendiri di mana semuanya masih lagi dalam kajian.
Satu kajian yang telah dilakukan oleh Jabatan Farmakologi di Universiti Singapura mendapati bahawa apabila tikus makmal diberikan makanan yang tinggi kandungan lemaknya untuk tempoh lapan minggu. Tikus tersebut kemudiannya diberikan ekstrak saderi. Hasilnya menunjukkan terdapat penurunan pada paras lipid yang ada dalam daram tikus tersebut jika dibandingkan dengan tikus yang tidak diberikan ekstrak daun saderi tersebut.
Selain itu, tikus yang diberikan esktrak daun saderi juga mencatatkan penurunan jumlah kolestrol, pengurangan kolestrol lipoprotein dan trigliserida.

2.Mengurangkan Keradangan

Daun saderi mengandungi antioksidan dan polisakarida yang diketahui bertindak sebagai bahan anti-keradangan terutamanya flavonoid dan polifenol. Bahan-bahan ini membantu menyihatkan badan terutama sekali bagi melawan kerosakan radikal bebas atau tekanan oksidatif yang boleh membawa kepada keradangan. Keradangan biasanya akan menyebabkan penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung dan sebagainya.
Para pengkaji juga telah mengenalpasti banyak jenis antoksidan yang ada pada saderi. Antaranya ialah asid fanolik, asid kaffeik dan asid ferulik ditambah dengan flavaol seperti quecetin. Hal ini menjadikan saderi sangat diperlukan bagi merawat pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh keradangan seperti: sakit sendi, gout, sakit buah pinggang. Jangkitan hatim masalah kulit, jangkitan salur kencing dan sebagainya.

3.Membantu Mengelakkan atau Merawat Tekanan Darah Tinggi

Ekstrak biji saderi memiliki ciri-ciri anti hipertensi yang membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Ia merupakan faktor utama kepada masalah penyakit jantung koronari terutama kepada Negara-negara perindustrian.
Khasiat biji saderi juga termasuklah memiliki ciri-ciri untuk mengawal tekanan darah yang tinggi. Keupayaannya untuk menurunkan tekanan darah tersebut berasal daripada bijinya yang mengandungi heksanik, metanolik dan ekstrak aqueous-ethanolic yang memperelokkan peredaran darah, mengurangkan keradangan serta mengawal tekanan darah.
Apabila tikus makmal diberikan ekstrak biji saderi ini selama tujuh hari, terdapat perubahan yang berlaku dari segi paras tekanan darah tikus tersebut apabila dibandingkan dengan tikus yang tidak menerima ekstrak tersebut.
Adalah dipercayai bahawa daun saderi membantu merendahkan tekanan darah dengan bertindak dengan memperbaiki aliran kalsium dan kalium keluar dan masuk daripada sel. Ekstrak daun saderi juga membantu salur darah untuk mengembang dan mengecut, meningkatkan aliran darah serta kesihatan jantung seluruhnya.

4.Mencegah Ulser

Terdapat satu khasiat saderi yang tidak ramai yang mengetahuinya. Ia adalah keupayaannya bagi mencegah atau mengurangkan pembentukan ulser yang menyakitkan. Dalam satu kajian yang telah dilakukan pada tahun 2010 dan diterbitkan dalam the Journal of Pharmaceutical Biology mendapati bahawa daun saderi mengandungi sejenis ekstrak etanol yang istimewa yang sangat berguna untuk melindungi lapisan saluran pencernaan daripada ulser.
Ekstrak saderi ini memiliki keupayaan untuk menggantikan mucus gastrik yang diperlukan di dalam perut untuk mencegah pembentukan lubang-lubang halus.
Para pengkaji percaya bahawa saderi ini menyihatkan perut, kolon dan usus disebabkan oleh kewujudan bahan kimia seperti flavonoid, tannin, minyak volatile dan alkaloid yang mengawal paras asid gastrik yang dilepaskan dalam masa yang sama meningkatkan keberadaan mucus yang bertindak sebagai pelindung.

5.Melindungi Hati

Ketika para pengkaji dari Jabatan Nutrisi dan Sains Makanan, Universiti Helwan di Mesir menjalankan kajan dengan memberikan tikus makmal saderi (bersama cikori dan barli), tikus-tikus tersebut mengalami pengurangan dari segi bahan-bahan yang berbahaya di dalam hati.
Lebih tepat lagi, apabila para pengkaji memberikan diet yang tinggi dengan kolestrol kepada tikus-tikus tersebut bersama saderi, cikori dan serbuk barli, mereka memerhatikan bahawa terdapat peningkatan dalam fungsi enzim hari serta paras lipid dalam darah.
Lebih banyak saderi, cikori dan barli yang diberikan kepada tikus tersebut, lebih sihat hati mereka. Perkara ini memberikan satu kesimpulan bahawa, diet yang mengandungi saderi begitu juga cikori dan barli sebenarnya berkhasiat kepada mereka yang menghidapi penyakit hati.

6.Membantu Menurunkan Berat Badan

Saderi mengandungi kalori yang sangat rendah dan boleh menjadi makanan yang berguna untuk membantu anda menurunkan berat badan. Hal ini adalah disebabkan oleh keupayaannya memberikan nutrien yang penting bagi meregulasi metabolisme lipid (lemak). Salah satu khasiat utamanya ialah ia sangat kaya dengan nutrien bermakna ia mengandungi antioksidan, elektrolit, vitamin dan mineral seperti vitamin C, B dan kalium.

7.Meningkatkan Proses Pencernaan Boosts

Biji saderi mengandungi sebatian minyak yang tidak berbau dikenali sebagai NBP.  Bahan ini membantu tubuh badan untuk proses detoks. Dalam kajian yang melibatkan tikus, isi padu air kencing yang dihasilkan adalah lebih banyak sekiranya tikus tersebut diberikan ekstrak saderi berbanding yang sebaliknya.
Khasiat kepada pencernaan adalah disebabkan oleh kesan diuretiknya. Hal ini adalah disebabkan oleh kandungan bahan antihipertensif pada bijinya berupaya untuk menurunkan tekanan darah. Ia juga meningkatkan kelancaran di dalam usus selain daripada membantu mengelakkan rasa mual dan kembung perut.

8.Mengandungi Bahan Anti-Microbial untuk Melawan Jangkitan

Biji saderi sebenarnya telah digunakan sejak berkurun lamanya sebagai salah satu daripada ubat herba yang mana dilaporkan memiliki kesan antibakteria. Dalam laporan pada taun 2009 melalui junrnal the Journal of Pharmacy and Pharmacology menunjukkan bahwa saderi mengandungi bahan anti-mikrobial yang istimewa pada biji saderi.
Apabila ekstrak diambil daripada biji saderi dan digabungkan bersama sebatian bakteria berbahaya yang menyebabkan jangkitan pada manusia, Ekstrak tersebut berupaya untuk menulenkan dan mengurangkan pertumbuhan bakteria. Semua ini menjadi sebab mengapa ia digunakan untuk meingkatkan keimunan dan melawan jangkitan bakteria.

9.Membantu Mencegah Jangkitan Saluran Kencing

Disebabkan oleh saderi membantu mengurangkan asid urik dan merangsang kepada penghasilan air kencing, ia sangat berguna untuk melawan jangkitan bakteria di saluran kencing serta organ pembiakan. Seperti kranberi yang diketahui melawan jangkitan pada saluran kencing, saderi juga turut sama. Selain itu, ia juga membantu mengelakkan masalah punci kencing, buah pinggang bahkan juga mencegah pembentukan ketumbuhan pada organ pembiakan.

10.Memberikan Perlindungan daripada Kanser

Khasiat lain saderi? Ia tergolong dalam kalangan tumbuhan yang memiliki ciri-ciri perlindungan daripada kanser seperti lobak, fennel, parsli dan parsnip (lobak putih). Semuanya mengandungi sebatian kimo-perlindungan yang dikenali sebagai poliasetilena (polyacetylenes). Kajian awal telah mendapati bahawa poliasetilena ini membantu mengurangkan toksik dan melawan pembentukan kanser terutama sekali kanser payu dara, kanser usus dan leukemia.
Poliasetilena ini memiliki banyak kesan bagi meningkatkan imun termasuklah keupayaan bagi melawan tumor yang menghalang sel mutan daripada terus membiak. Menurut Fakulti daripada Jabatan Sains Pertanian di Aarhus University, Denmark, “poliasetilena telah menunjukkan banyak kesan bioaktiviti termasuklah anti-keradangan, anti-penggupalan platlet, sitoksik, anti-tumor begitu juga melawan bakteria dan mikoplasma.
5. APPLE CIDER


Cuka epal diperbuat daripada proses penapaian Apfelmost (buah epal). Proses ini menyebabkan bakteria dan yis menukarkan gula kepada alkohol kemudian asid asetik.
Cuka epal berwarna emas pucat. Cuka ini kaya dengan mineral seperti potasium, kloride, kalsium, sodium, magnesium dan fosforus, juga mineral seperti fluorin, tembaga, vitamin A, C, E, B1 dan B2.
Allah meletakkan keberkatan dalam cuka, ia telah digunakan oleh para nabi sebelum aku”, diriwayatkan oleh hadrat Aisyah, Muslim dan Ibnu Maja Nabi s.a.w suka kepada cuka.

Jabir menceritakan: Suatu hari Rasulullah mengajak saya ke rumahnya.dihidangkan roti. Baginda bertanya:

"Adakah apa-apa perasa?" Sahabat menjawab, "tidak, hanya ada cuka." Nabi berkata, "cuka adalah perasa yang baik." Hadrat Jabir berkata: "Aku suka kepada cuka sejak aku mendengar daripada baginda S.A.W." Hadrat Naf’a berkata: "Aku pula menyukai cuka sejak aku dengar daripada Jabir." (hadis riwayat Muslim, Abu Dawud, Nasa’i)

Apabila kita mengambil cuka epal, ia akan menghilangkan kelesuan badan dan boleh dirasai perbezaannya dengan pantas dalam masa beberapa jam sahaja. Selepas minum cuka apple maka air kecil anda akan lebih jernih.

Anda juga boleh melakukan ujian menggunakan kertas litmus iaitu kertas yang digunakan untuk menguji tahap pH. Bermakna sebelum minum cuka apple air kencing anda berasid dan selepas minum cuka apple air kencing anda lebih berakali.

Daging, ikan, telur, minyak kelapa, hijau, cuka dan makanan lain-lain yang berkhasiat bertindak seperti ubat untuk hati. Sebahagian ahli perubatan dari timur percaya bahawa tekanan perasaan atau dikenali sebagai stress adalah akibat daripada hati. Cuka adalah detokfikasi untuk bersihkan hati.




















No comments:

Post a Comment

Memori terindah semasa kegemukkankuu... tak mampu aku lupakan...

Dari 140kg,kini 90 kg. Hapuskan 50kg!!!