Aku adalah aku. Bentuk Tubuhku adalah nikmat dan kurniaan dari Allah.Kita sebagai manusia haruslah sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan dan menjaga nikmat yang dikurniakan. Kesihatan yang baik adalah satu anugerah yang terindah... Nikmat sakit yang pernah dikurniakan kepada aku, mengajar aku untuk lebih berfikiran waras dalam menikmati makanan yang juga merupakan Nikmat yang dikurniakan oleh Allah.Namun jika kita salah guna nikmat, padah kepada diri kita.. Konsep aku.." Bersederhanalah dalam memilih makan.kerana setiap makanan itu sentiasa memberi manfaat kepada kita"
Jangan terlalu taksub dengan makanan, berpada-padalah dalam menikmati hidangan. Konsep aku sama seperti yang diajarkan Rasulullah S.a.w, berhenti sebelum kenyang.. Memang sukar rasanya..tapi itulah yang terbaik. Amalan minum air kosong memang sesuatu yang sangat berkesan!!
tinggalkan terus air manis.. mungkin sekali-sekala boleh..
mungkin mustahil dilihat bagaimana aku mampu hilangkan 50kg!!!
kena kuat,azam yang kental,jiwa yang keras,hati yang kering!!!!hahahah..
Aku bertuah kerana dikurniakan seorang isteri yang tidak pernah mencemuh atau menghinaku sewaktu aku berada di saat yang paling bawah. tekanan,sakit dan fizikal ku yang susah bergerak,sentiasa dibantu. Kerana Dialah aku berubah.kerana anak2 lah pembakar semangat aku..Tanpa mereka semua dan doa kedua ibubapaku, mustahil bagi aku tetap kuat untuk meneruskan azam menguruskan badan.
Malah kami berdua turut sama2 berganding bahu dalam merentasi perjuangan ini, memang sangat perit yang kami berdua lalui, tapi kami sentiasa ada antara satu sama lain. Mungkin itulah hikmah di sebalik jodoh antara kami.. Di saat semua manusia memandang sinis, tapi kami sentiasa percaya antara satu sama lain. Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan aku seorang isteri yang memahami, baik dan sentiasa menjadi tulang belakang aku. Semoga jodoh kami berkekalan hingga ke SYURGA yang abadi..AMIN
Subscribe to:
Posts (Atom)
Memori terindah semasa kegemukkankuu... tak mampu aku lupakan...
Dari 140kg,kini 90 kg. Hapuskan 50kg!!!
-
Jadual Kalori Assalamualaikum semua..Hari ni saya nak berbicara tentang sajian makanan dan minuman yang sepatutnya diambil oleh badan...
-
Saya juga nak kongsikan Piramid Aktiviti senaman yang digalakkan.Apabila kita jaga makanan, kita seharusnya curi masa juga untuk sihat. Sen...
No comments:
Post a Comment